Tuesday, August 17, 2010

Intro About BB Cream


Kita selalu tengok artist korea dengan jepun cantik je kulit die. Kalau tengok drama tu best je tengok muka diorang sbb nampak natural & makeup pun tak tebal..Tau tak rahsianya??? BB Cream!! BBCream ni berfungsi sebagai foundation+moisturizer. Kalau di US, doc akan gunakan krim ni untuk sapu pada bahagian lepas pembedahan.Tapi teknologi Korea dah ubah jadi bahan kosmetik..

Okey, ni sedikit Intro pasal BBcream


"BB cream, also known as Blemish Balm or Blemish Base, is a cosmetic item sold in Korea.
BB cream started out as a therapeutic moisturizer in Germany used to treat the irritated skin of the patients who went under peeling, laser, or microdermabrasion. "


Ramai yang pelik kenape BBCream ni macam havoc sangat?ni adalah sebabnya:-
1. Ia berfungsi sebagai essensial krim, yang meneutralkan kulit, menegangkan dan menghaluskan kulit. Kiranya ia berfungsi sebagai product skincare macam pelembap yang kita guna.

2. Ia sebagai sunblock, dengan SPF-15++ yang melindungi kulit dari sinar UV yang dapat menyebabkan bintik hitam di wajah.

3.Ia sebagai alas bedak, membantu memperbaiki masalah kulit dan melindungi wajah dari bahan bahan kimia berbahaya produk make up lain.


4.Terakhir, ia adalah sebagai foundation yang membuat make up tampak sempurna dan wajah tidak berminyak sepanjang hari. Sesuai untuk semua jenis kulit, tidak menyumbat pori pori dan sgt best di gunakan setiap hari.
Jadi BB cream bukan hanya alas make up tapi skin care + make up.

Okey,ramai yang pening ye,sbb ade banyak jenis BB cream.
Di sini terdapat beberapa BB Cream yang berasal dari Korea dan kebanyakannya menjadi pilihan artis ternama mereka:-


1. Skin79

2. Dr. Jart
3. BRTC

3. L'élan Vital


Setiap jenama pula ada keluarkan beberapa jenis bersesuaian dengan jenis kulit. Anda boleh pilih jenis BBcream yang sesuai dengan kulit muka anda. Buat masa ni yang ada cuma 5g mini tube sahaja..Bagus untuk test sama ada ia sesuai dengan kulit anda sebelum decide nak beli pack yang lebih mahal.

No comments:

Post a Comment